Cara buat Cupcake Vanilla


Pastribella bersama Dr Ezani, Winner of Masterchef Malaysia Season 1.


Resepi Cupcake Vanilla dengan Swiss Meringue Buttercream Lemon


Bahan-bahan:


  • 1 1/4 cawan tepung gandum/tepung kek
  • 1 1/4 sudu teh baking powder/ serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan gula
  • Biji vanilla atau 1 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan minyak (sayur-sayuran, canola atau minyak zaitun)
  • 1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1 sudu teh cuka putih atau jus lemon. Tambah asid kepada susu kemudian diketepikan selama 5 minit, kacau, dan jadilah buttermilk! :) )



Cara-cara:

1) Panaskan ketuhar kepada 180 darjah C.
2) Ayakkan tepung, baking powder (serbuk penaik), soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
3) Menggunakan pengadun elektrik, pukul telur 10-20 saat. Tambah gula dan terus memukul pada kelajuan sederhana. Tambah vanila dan minyak dan pukul lagi.
4) Perlahankan pemukul dan masukkan separuh daripada campuran tepung. Tambah separuh daripada buttermilk. Ulang dengan tepung dan buttermilk selebihnya. Jangan terlebih pukul, bila sudah sebati sahaja berhenti mumukul. Adunan kek ini memamg cair.
5) Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar muffin yang dialas dengan kertas cupcake sehingga kira-kira 2/3 penuh.
6) Bakar cupcake di dalam ketuhar selama 12-14 minit sehingga keperangan dan bila dicucuk dengan lidi sudah tidak melekat.


Swiss meringue buttercream:

  • 5 biji putih telur
  • 200g gula kaster
  • 227g mentega pada suhu bilik, dipotong kiub

Cara-cara:

1) Masak putih telur dan gula di atas double boiler dengan api sederhana, kacau hingga gula larut dan apabila dipegang tak rasa butir-butir gula

2) Masukan ke dalam pemukul electric, dan pukul sehingga putih telur menjadi meringue yang kembang, gebu dan kental, serta apabila dirasa suhunya sudah sejuk ke suhu bilik.

3) sekarang bolehlah masukan kiub mentega satu demi satu. Pastikan anda biarkan mentega sebati lebih kurang kiraan 20 saat sebelum memasukkan kiub mentega seterusnya. Jangan risau jika nampak meringue kempis dan nampak berketul selepas memasukkan mentega. Teruskan memukul sehingga mentega habis dimasukkan. Buttercream anda akan sebati dan licin.

4) Untuk cupcake ini saya ingin perisakan buttercream saya dengan sedikit lemon zest. Parutkan kulit lemon dan kacaukan ke dalam buttercream.

5) Paipkan buttercream ke atas cupcake dan hias mengikut kreativiti anda :).

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.