(Mungkin anda boleh catit info di bawah atau copy paste dan simpan dalam komputer supaya mudah untuk dirujuk kelak)
Sebelum nak bina sesuatu, kita perlukan alat dan bahan untuk membina. Jadi, samalah macam nak buat kek ni. Kita perlukan alat dan bahan yang khusus untuk buat kek.
Ok, jom kita lihat apakah alat dan bahan yang diperlukan untuk buat kek. Ini termasuklah..
Alat Buat Kek
1. Pengadun (Mixer)2. Pemukul telur (Whisk)
3. Mangkuk pengadun (pengguna manual)
4. Penimbang
5. Bekas penyukat
6. Ketuhar/Pengukus
7. Dan alat-alat tambahan seperti senduk
Bahan Biasa Untuk Membuat Kek Coklat
1. Tepung kek (Baking powder)2. Tepung gandum
3. Telur
4. Mentega/Marjerin/Butter/Minyak Jagung
5. Serbuk koko (Van Hauten) . Yang timbang pun boleh.
6. Serbuk penaik
7. Natrium bikarbonat
8. Gula pasir
9. Gula perang
10. Esen Vanilla
11. Susu pekat
12. Susu segar perisa coklat
13. Susu Cair
14. Minyak masak (Kalau takde bahan la)
15. Dan air
Kadang kandang, saya guna juga MILO untuk menambah rasa koko.
Itu adalah senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk buat kek coklat. Baik, sekarang ni, tugas anda adalah untuk semak sama ada alat dan bahan di atas ada kat dapur ataupun tidak.
Kalau tak ada?
Anda kena keluar shopping beli alat dan bahan di atas. Mungkin ada bahan-bahan ini sudah ada di rumah kita.
Kek coklat yang dibuat boleh dihidangkan kepada tetamu yang datang.
Nak buat kek yang sedap tidak susah. Sediakan bahan. Putar telur sehingga kembang, masukkan gula dan bahan lain mengikut resepi.
Tak kisah resepi apa yang ada dapat. Caranya lebih kurang sama sahaja.
Kalau kek coklat yang anda buat tu sedap, confirm habis dalam sehari je. Lepas ni, mesti ramai yang tanya apa resepi yang anda gunakan :)
Selamat mencuba!
0 Response to "Alat dan Bahan Untuk Bermula Buat Kek Coklat"
Post a Comment