Cara buat Kek Batik Biskut Marie

Hari ini saya ingin berkongsi resepi kek yang paling ringkas dan anak-anak suka iaitu kek batik biskut marie.

KEK BATIK BISKUT MARIE 

Cara buat Kek Batik Biskut Marie

Bahan-bahan

  • 200gm milo
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • Biskut marie/cracker secukupnya

Cara membuatnya:

1.Alaskan loyang dengan plastik, biarkan plastik melebihi loyang supaya senang nak keluarkan kek bila dah sejuk.
2. Cairkan butter alam kuali dengan mengggunakan api kecil.
3. Setelah cair, masukkan susu, milo sedikit demi sediki gaul hingga sebati & masukkan juga serbuk koko.
4. Gaul hingga halus dan tak berketul lagi. (gunakan hand whisk)
5. Setelah pekat, susun biskut marie dalam loyang kemudian curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan, lapis lagi biskut marie, curahkan adunan ratakan. Ulang hingga habis adunan dan sejukkan dalam peti ais.

Sumber: http://fizalgk.blogspot.com/2013/05/kek-batik-biskut-marie.html

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

1 Response to "Cara buat Kek Batik Biskut Marie"