Cara buat Kek Keju

Cara buat Kek Keju

Bahannya:

  • 200g cream cheese( TATURA CHEESE.)lina pg gn 250g
  • 400 ml susu segar (lina pg gn 1tin susu cair)
  • 100 g mentega
  • 100 g tepung gandum
  • 100 gram gula halus
  • 4 biji telur saiz A
  • 1st esen vanila
  • 1st jus lemon(optional)


Cara-caranya:

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.

2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. Meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak jatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)

3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan

4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..

5. sapu acuan kek dengan marjerin dan taburkan tepung disekelillingnya. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek

6. Bakar pada suhu 160'c guna api ATAS BAWAH selama 50 min-sehingga betul2 masak dan menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) - Lina pg bako suhu 150'C

8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

9. Biarkan selama 10min kek di dalam loyang barulah dikeluarkan supaya tepi2nya regang dan senang dikeluarkan dan dapatlah tepi2 kek yg licin

10. Simpan di dalam peti sejuk dulu lg enak dimkn time keknya sejuk...



Sumber: http://www.kongsiresepi.com/read/7980/0/

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.