Resepi Kek Red Velvet Ubi Bit

Resepi Kek Red Velvet Ubi Bit

Resepi Kek Red Velvet Ubi Bit.

Kek ini unik rasa dan teksturnya lembut, lembab dan padat kerana menggunakan ubi bit sebagai pewarna semulajadi.

Bahan kek:

  • 1 1/2 cawan ubi bit dikisar bersama 1/2 cawan jus lemon
  • 1 sudu besar cuka
  • 225g cream cheese
  • 225g mentega
  • 2 1/3 cawan gula kaster
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam halus

Cara membuat kek:


1) panaskan ketuhar 165 darjah C

2) sapukan mentega pada 2 loyang kek berukuran 8 inci dsn alaskan dgn kertas pembakar

3) kisarkan ubi bit bersama jus lemon, campurkan cuka dan ketepikan

4) pukul mentega, cream cheese dan gula menggunakan pemukul electrik sehingga kembang dan gebu. Pukulkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanilla

5) ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam, masukkan ke dalam adunan dan pukul perlahan sehingga sebati. Akhir sekali masukkan puri ubi bit dan gaulkan.

6) tuang ke dalam loyang dan bakar di dalam ketuhar 35 minit atau hingga masak. Sejukkan dan keluarkan dari loyang, belah dua. sedia untuk disapu frosting cream cheese

Bahan frosting cream cheese:

  • 200g cream cheese
  • 50g mentega
  • 2 cawan gula aising diayak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 cawan whipping cream

Pukul semua bahan sehingga kembang dan gebu. Lapiskan dengan kek ratakan frosting.

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.